SearcH engiNe QuWW

Sabtu, November 24, 2007

Naruto-History


Latar Belakang Naruto semasa kecil
Naruto dilahirkan pada Oktober 10, tahunnya tidak diketahui. Asal usul ibu bapa dan saudara maranya yang lain masih merupakan misteri. Sejak dilahirkan lagi, syaitan musang berekor sembilan, Kyubi yang cuba membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto oleh Hokage Keempat. Ayah Naruto merupakan Hokage generasi ke empat iaitu Minato dan Ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.

Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira yang terpaksa memendam Kyubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto kerana Kyubi pernah meranapkan ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya sehinggalah dia mencecah usia dua belas tahun.

Naruto hampir dikalahkan oleh Neji.
Mujurlah Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi berdedikasi di akademi iaitu seorang ninja Chunin, Umino Iruka. Walaupun orang tua Iruqa mati dalam tangan Kyubi, Iruka tidak menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapanya.